Thursday 2 February 2012

Strategi Saya Bagi Mendapat A+ dalam Subjek ICT

Saya telah diberikan tugasan berdasarkan subjek IT sebagai subjek pilihan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia bagi tahun 2013 . Saya merupakan pelajar tingkatan 4 dan telah diberikan tugasan oleh cikgu subjek IT saya untuk menulis sebuah artikel berkenaan strategi saya bagi mendapat A+ dalam subjek IT saya . Tugasan ini dikehendaki selesai selepas sahaja cuti Tahun Baru Cina .


1. Melakukan banyak latihan berkenaan subjek IT .
 Saya hendaklah menyiapkan latihan dan kerja sekolah yang diberikan guru dengan selengkapnya . Selain itu , saya hendaklah sentiasa menyiapkan seperti pembentangan powerpoint yang harus disiapkan tepat pada tarikhnya .Saya juga hendaklah melakukan banyak latihan agar dapat menperdalam pengetahuan dan ilmu dalam subjek IT .

2.Mengambil tuisyen dalam subjek IT
Selain itu , saya juga akan mengambil tuisyen bersama guru subjek IT ataupun pergi ke pusat tuisyen bagi mendalamkan pemahaman saya dalam subjek ini. Dengan ini , saya dapat menghabiskan masa saya dengan berfaedah dan dapat mengelakkan gejala lepak dan juga masalah sosial.

3.Membeli banyak buku rujukan dan latihan
Berbekatkan biasiswa BSP saya daripada pihak sekolah iaitu sebanyak RM 75 sebulan, saya dapat memanfaatkannya bagi membeli buku rujukan dan buku latihan subjek-subjek seperti subjek IT dan subjek lain.Dengan in , saya dapat menjadikan buku tersebut sebagai rujukan dalam pembelajaran saya dalam subjek IT.

4.Melakukan ulangkaji pelajaran IT
Saya akan belajar dan mengulangkaji pelajaran setiap bab dalam subjek IT bagi memudahkan pembelajaran saya dalam subjek ini. Oleh itu , saya akan lebih yakin dan sentiasa terkedepan daripada rakan-rakan ketika sesi pemelajaran seterusnya membolehkan saya mendapat skor dalam peperiksaan kelak .





Domo-kun Cute